CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday, August 20, 2008

the A.C.A.B

The A.C.A.B.
The A.C.A.B.
Latar belakang
Asal
Kuala Lumpur, Malaysia
Genre
Oi! (1994– 2003)Rock indie (2006– kini)
Tahun aktif
1994– kini
Label
Clockwork Records
Laman web
Laman rasmi
Ahli-ahli
Max HafizEdy J. HerwanMonoIrfan
Bekas ahli
Hardy ShamBlackAnasZulBotak
Kumpulan A.C.A.B. merupakan sebuah kumpulan muzik Malaysia. Kumpulan A.C.A.B ditubuhkan pada penghujung tahun 1994.
Nama A.C.A.B. digunakan dari tahun 1994 hingga tahun 2003, ia kemudiannya di tukar kepada The A.C.A.B. berikutan penukaran genre muzik mereka iaitu daripada Oi! kepada rock indie.
Senarai kandungan
Sejarah
Kumpulan A.C.A.B. diasaskan oleh dua orang remaja yang berasal dari Kuala Lumpur iaitu Magskin dan juga Eddie. Merekalah yang menubuhkan band ini ketika penerimaan muzik Oi! berada di paras membanggakan. Bagi melengkapkan kumpulan ini, mereka mengundang Sham, Anas serta Black dan kemudiannya sama-sama memulakan penerokaan muzik Oi! yang dicintai. Nama A.C.A.B. dipilih dan digunakan sehingga ke hari ini.
Dalam tahun 1995, A.C.A.B. merakamkan demo yang bertajuk "A.C.A.B" yang memuatkan tujuh buah lagu. Antaranya seperti "Unfairground", "City Girl", "A.C.A.B.", "Fight For Your Right" dan banyak lagi. Ia dikeluarkan oleh label mereka sendiri iaitu Brovver Brigade Records. Demo ini telah terjual melebihi 500 unit meskipun tidak mempunyai sebarang promosi rasmi. Berikutan dengan kejayaan itu, A.C.A.B. bersedia untuk berdepan dengan pengikut-pengikutnya. Hari yang menentukan kemampuan A.C.A.B. beraksi itu telah diadakan di Dynasty Night Club di Ipoh. Itulah persembahan pertama mereka. Namun tiada siapa yang menduga, hampir kesemua pembeli demo mereka turun untuk menyaksikan persembahan mereka, termasuklah khalayak yang diimport khas dari Kuala Lumpur.
Persinggahan band ini bukan setakat di sana sahaja. Sebagai "Godfather Of Skinhead/Oi!", mereka terus memanjangkan langkah ke serata pelusuk tempat. Persembahan demi persembahan dibuat bagi mengumpul lebih ramai rakan baru. Perancangan A.C.A.B. begitu tepat pada waktunya, menjadikan mereka benar-benar dipuja. Malahan lagu-lagu yang terdapat di dalam demo mereka itu dinobatkan sebagai lagu rasmi pengikut skinhead senegara dan sekaligus memecah revolusi. Kepesatan muzik ini akhirnya menjadi pendorong sehingga wujudnya lebih banyak band dengan konsep yang sama. Berfaktorkan itulah, arena ini menjadi semakin berkembang dengan jayanya. Antara band yang berjaya mengikut jejak A.C.A.B. ialah Boot-Off, Skin Rovers, Opponent dan lain-lain lagi.
Pada tahun seterusnya, A.C.A.B. merakamkan EP yang pertama mereka yang berjudul "UNITE & FIGHT". Beberapa insiden telah berlaku semasa EP ini sedang dibuat. Antaranya penarikan diri Anas dan Black. Sungguhpun demikian, EP ini selamat disiapkan dengan kerjasama profesional dari Magskin, Eddie, Sham dan seorang anggota baru di posisi drum iaitu Zul. UNITE & FIGHT bukan sahaja diagihkan kepada pengikut tempatan tetapi juga dipasarkan ke luar negara. EP ini terjual sehingga 2000 unit. Seperti biasa aktiviti persembahan diteruskan selepas itu. Tidak lama kemudian aktiviti band itu terpaksa diberhentikan buat sementara waktu kerana masalah yang melanda. Dalam tahun 1997, Zul pula mengambil keputusan menarik diri dari A.C.A.B. Posisi drum telah digantikan oleh Eddie sendiri manakala Magskin memikul tugas sebagai vokalis dan gitaris. Ketika A.C.A.B. semakin roboh, mereka sempat merakamkan LP "Eastern Oi!" dan single "We Are The Skins".
Malangnya, selepas selesai sahaja proses rakaman, label mereka mengalami masalah kewangan. Maka dengan itu terpaksalah mereka menjual kedua-dua master tape tadi kepada Strange Culture Records. We Are The Skins dipasarkan pada tahun berikutnya, manakala Eastern Oi! menemui peminatnya pada tahun 1999. Dari kedua-kedua produk tersebut, hanya Eastern Oi! sahaja yang berjaya menepati target mereka, di mana ianya terjual sebanyak 10 000 unit dalam masa yang singkat. Sungguhpun begitu, jualan LP yang memberangsangkan tidak berjaya memulihkan semangat dan masalah dalaman A.C.A.B. Satu demi satu anggotanya mengundur diri beralasankan peribadi.
Ketika ini, tinggal Magskin seorang yang masih setia mencari jalan penyudah kembali megah kembali seperti sebelumnya. Ikrar tetap digenggam. Walau apa pun yang terjadi, A.C.A.B. takkan terkubur. Magskin melepaskan segala kesedihannya melalui sebuah lagu iaitu RINTANGAN HIDUP DUNIA yang dirakamkan untuk album TRIBUTE TO RUSTY BLADE. Alaf baru 2000, misi baru A.C.A.B. terlaksana. Mereka bukan sahaja raja di pentas gig, tetapi jugak bertakhta di pentas konsert. Stadium Negara dan Bukit Jalil menjadi saksi kebanggaan A.C.A.B. dengan lebih ramai penonton. Memandangkan ianya menjadi satu sejarah, persembahan di kedud-dua konsert itu telah diabadikan di dalam satu album iaitu LIVE & LOUD yang dikeluarkan oleh Clockwork Records dan terjual sehingga 10 000 unit.
Dalam tahun 2001, A.C.A.B. terlibat dalam album TRIBUTE TO SWEET CHARITY terbitan EMI. Lagu 'Musibah' dibawakan dengan cara mereka sendiri. Pada waktu yang sama, Sham kembali ke pangkian band ini dan Eddie juga dipanggil semula untuk sama-sama mengembalikan detik kegemilangan A.C.A.B. pada suatu ketika dahulu. Bukan mudah untuk mendapatkan semula khidmat Eddie kerana dia begitu sibuk dengan band Skanya iaitu, Gerhana Ska Cinta. Namun demi kasihnya terhadap band ini, akhirnya dia bersetuju dan kelima-lima mereka membuka lembaran baru menerusi gig Eastern Oi!
Kini mereka terus berbangga dengan kejayaan album kedua mereka, SKINHEAD 4 LIFE yang diragut 4000 pembeli dalam tempoh sebulan ia dipasarkan. Turut dipasarkan terdahulu ialah album koompilasi DAYS OF BEING WILD dan juga single STREETS OF UPTOWN. Penampilan baru A.C.A.B. memberi kelainan berbeza berbanding dengan album yang terdahulu. Muzik dan mesej yang disematkan jauh berbeza mengikut peredaran zaman. Sememangnya jauh lebih baik dengan guitarwork dan basslines yang lebih padat, hentakan drum yang lebih padat serta vokal Magskin yang lebih bersemangat.
Pada tahun 2006, setelah Megat hafiz kembali ke Malaysia, A.C.A.B. muncul kembali dengan nama baru iaitu The A.C.A.B. serta memperjuangkan genre muzik baru iaitu rock indie, muzik yang menarik minat Max Hafiz(Megat Hafiz) ketika menuntut di London.
Album mereka yang berjudul 'This Is The A.C.A.B.' dikeluarkan pada 09 Mac 2006 yang lalu menampilkan line-up baru; Max, Eddie, Irfan dan Mono.
Anugerah dan pencalonan
2006
Dicalonkan
Anugerah Era 2006
Diskografi
Album studio
Skinhead 4 Life
This Is The A.C.A.B.Label: ClockworkRilisan: 06-03-2006
Side one
Side two
"Now & Again" (5:12)"Setelah" (4:50)"Astray" (4:29)"Bermimpi Di Siang Hari" (3:23)"Comin' At You" (2:48)
"Inner City" (3:28)"Bertemu" (5:33)"Goodbye" (3:56)"Angkasa" (3:40)"Haven't I?" (4:01)
EP
Unite & Fight
LP
Eastern Oi!
Single
We Are The Skin
Streets of Uptown
Demo
A.C.A.B.
Ahli-ahli
Era A.C.A.B.
Magskin(Megat Hafiz)
Eddie(Edy J. Herwan)
Hardy Sham
Anas
Black
Era The A.C.A.B.
Max Hafiz(Megat Hafiz) - vokal, gitar
Edy J Herwan - gitar
Mono - bes
Irfan - Dram

muse


Muse (band)
JuBackground information
Origin
Teignmouth, Devon, England
Genre(s)
Rock, alternative rock, progressive rock
Years active
1994 – present
Label(s)
Warner Bros. RecordsTaste MediaMushroomHelium 3
Website
Muse.mu
Members
Matthew BellamyChristopher WolstenholmeDominic Howard
Muse are an English rock band formed in Teignmouth, Devon in 1994 under the alias of Rocket Baby Dolls. The band comprises Matthew Bellamy (vocals, guitar and piano), Christopher Wolstenholme (bass guitar and backing vocals) and Dominic Howard (drums and percussion). Muse blend alternative, hard rock, acoustic, classical music and electronica. Muse are known best for their energetic and visually dazzling live performances[1] and on June 16th & 17th, 2007 became the first band to sell out the newly built Wembley Stadium in London.[2] Muse have released four studio albums with their first, Showbiz, released in 1999, followed by Origin of Symmetry in 2001 and Absolution in 2003. The most recent, Black Holes & Revelations (2006), was also the most critically acclaimed, garnering the band a Mercury Prize nomination and a third place finish in the NME Albums of the Year list for 2006.[3] Muse have won various awards throughout their career including 5 MTV Europe Music Awards, 5 Q Awards, 4 NME Awards and 2 Brit awards.

MCR


My Chemical Romance
My Chemical Romance
Latar belakang
Asal
Jersey City, New Jersey, USA
Genre
Rock alternatif, subgenre lain
Label
Reprise Records/Warner MusicEyeball Records
Kegiatan berkaitan
Pencey PrepLeathermouth
Laman web
mychemicalromance.com
Ahli-ahli
Gerard WayRay ToroFrank IeroBob BryarMikey Way
Bekas ahli
Matt Pelissier
My Chemical Romance (singkatannya MCR atau My Chem[1]) merupakan satu kumpulan muzik rock yang berasal dari Amerika Syarikat dan ditubuhkan pada 2001. Ahli terkini ialah Gerard Way, Mikey Way, Frank Iero, Ray Toro and Bob Bryar.
Sebaik selepas ditubuhkan, kugiran ini menandatangani perjanjian dengan Eyeball Records dan melancarkan album sulung mereka I Brought You My Bullets, You Brought Me Your Love pada 2002. Mereka menandatangani pula perjanjian dengan Reprise Records pada tahun seterusnya dan melancarkan album besar mereka Three Cheers for Sweet Revenge pada 2004. Album tersebut merupakan kejayaan yang besar setelah terjual sebanyak sejuta salinan kerana kejayaan lagu "Helena", "I'm Not Okay (I Promise)", dan "The Ghost of You". Kugiran itu mengulangi kejayaan dengan album keluaran 2006 yang bertajuk The Black Parade, yang mempunyai lagu hit seperti "Welcome to the Black Parade", "Famous Last Words", "I Don't Love You", dan "Teenagers". Kumpulan ini baru sahaja merakamkan DVD di Mexico City, untuk pelancarannya pada 2008.[2]
Awal kerjaya (2001–2002)
Kumpulan ini dibentuk oleh Gerard Way dan Matt Pelissier lebih kurang seminggu selepas serangan 11 September 2001. Menyaksikan sendiri perlanggaran kapal terbang dengan Pusat Dagangan Dunia, kehidupan Way telah diperngaruhi lantas membuatkannya menubuhkan kumpulan muzik. Cara dia menulis lagu "Skylines and Turnstiles" ialah pernyataann perasaannya terhadap 11 September itu. Tidak lama selepas itu, Ray Toro dihubungi dan ditanya untuk menyertai kumpulan itu kerana ketika itu Way tidak boleh menyanyi dan memainkan gitar pada masa yang sama.[3] Sesi rakaman pertama dilakukan di loteng Pelissier, apabila lagu "Our Lady of Sorrows" (sebelum itu dipanggil "Bring More Knives") dan "Cubicles" dirakamkan. Frank Iero mendedahkan bahawa kumpulan itu menghabiskan lirik "Best Day Ever" sebaik sebelum mereka tiba di studio untuk memulakan rakaman. Kugiran ini merujuk sesi tersebut sebagai "The Attic Demos". Mikey Way, adik lelaki Gerard, menyukai demo tersebut hingga dia memutuskan untuk menyertai kumpulan itu selepas berhenti dari kolej. Khabar angin mengatakan bahawa Mikey mempelajari gitar bass hanya untuk menyertai kumpulan ini, tetapi Gerard Way merekodkan terus ke dalam CD/DVD Life on the Murder Scene apabila dia mengatakan bahawa Mikey telahpun berada dalam beberapa kumpulan muzik lain sebelum menyertai My Chemical Romance.[3]
My Chemical Romance menandatangani perjanjian dengan Eyeball Records. Sementara dengan Eyeball Records, kumpulan itu menemui Frank Iero, vokalis utama dan gitaris untuk Pencey Prep. Selepas Pencey Prep berpecah pada 2001-02, Frank menyertai My Chemical Romance, beberapa hari sahaja sebelum album sulung direkodkan. [3] Tiga bulan selepas penubuhan kumpulan, mereka merakamkan album pertama mereka, I Brought You My Bullets, You Brought Me Your Love, lalu dilancarkan pada 2002. Walaupun menyertai kumpulan hanya beberapa hari sebelum sesi rakaman berlangsung, Iero memainkan gitar dalam dua lagu, "Early Sunsets Over Monroeville," dan "Demolition Lovers." Ketika ini, kumpulan ini ditempah untuk membuat persembahan di tempat yang tidak terkenal, Big Daddy's, iaitu tempat mereka mula menerima perhatian ramai.
Album studio
2002: I Brought You My Bullets, You Brought Me Your Love
2004: Three Cheers for Sweet Revenge
2006: The Black Parade
DVD
2006: Life on the Murder Scene
2008: The Black Parade Is Dead!
Anugerah dan pencalonan
Pencalonan
Anugerah Grammy 2008 - Bungkusan atau Pakej Edisi Khas Terhad Terbaik- The Black Parade

Tuesday, August 19, 2008

one buck short



One Buck Short
Latar belakang
Asal
Kuala Lumpur, Malaysia
Genre
Pop PunkPunk
Tahun aktif
2001–present
Label
Clockwork Recordings
Laman web
Official Website
Ahli-ahli
:Rahul Kukreja - Pemain gitarMundzir Abdul Latif (Mooky) - PenyanyiImran Fadzil - Pemain dramIzal Azlee - Bass
Bekas ahli
Hafiz, Zack, Wei Hsun

Biografi
Sejarah awal
Diasaskan oleh Hafiz (dahulunya pemain gitar bes, menjalani kerahan tenaga di Singapura buat seketika) dan Rahul Kukreja (gitar) sewaktu sekolah menengah, kumpulan berempay yang merupakan pelajar APIIT dan Institut Help dan menggemari muzik punk pop So-Cal mula bermain muzik di acara sekolah dan pertandingan kugiran sebelum muncul di persada muzik tanahair. Hafiz sekarang di Malaysia, namun tgasnya sebagai pemain bes diambil alih oleh Izal.
Where is the Mouse?
Single pertamanya "That Day" dari EP mereka Where Is The Mouse?! mampu mencecah kedudukan lima teratas dalam carta Hitz.fm Malaysian Top 10 dan kumpulan ini ketika itu sedang mempromosikan keluaran mereka melalui persembahan di pertunjukan bawah tanah berprofil rendah serta acara terkemuka seperti pesta Rock the World dan Asian X Games. Sekitar tahun 2004, kugiran ini menulis lagu Christmas Morning untuk tujuan amal (melalui MusicCanteen Christmas Album). Kumpulan ini juga dicalonkan untuk Artis Baru Terbaik pada Hitz.FM Malaysian English Top 10 Awards yang pertama.
Kumpulan ini juga pernah dicalonkan untuk kategori Rock Terbaik dan Persembahan Live Terbaik untuk Malaysian English Top 10 Awards kedua pada 10 Disember 2006.[1]
Halal & Loving It
Single pertama kumpulan ini dari album terkini akan datang Halal & Loving It, "Fast Times", sedang disiarkan di radio. Album ini diterbit oleh Clockwork Records dan dikeluarkan pada tahun 2007.

bittersweet band


Bittersweet
Latar belakang
Asal
Ipoh, Perak, Malaysia
Genre
Rock indie
Laman web
Laman MySpace
Ahli-ahli
Pijie - VokalHerri - Gitar utama / VokalHafiez - Gitar ke-2 / VokalDinie - Bes / VokalEmai - Keyboard / Synth
Bittersweet adalah sebuah band rock indie Malaysia. kebanyakan lagu-lagu mereka ditulis dalam bahasa Inggeris kecuali lagu "Kucing Hitam" yang juga merupakan salah satu lagu dalam sound track untuk siri TV KAMI
[sunting] Diskografi
[sunting] Album
A Perfect Match
[

Kumpulan Hujan
Hujan ialah nama yang dipilih oleh sebuah kumpulan indie ditubuhkan pada awal 2006 dan bertapak di Malaysia. Kumpulan muzik ini lebih suka melabelkan genre yang mereka bawakan sebagai rock alternatif dan lebih cenderung mendendangkan lagu di dalam bahasa Malaysia. Lagu yang boleh dikatakan telah menaikkan nama mereka adalah lagu "Pagi Yang Gelap". Antara artis-artis yang dinyatakan sebagai pengaruh dan ilham kepada mereka ialah The Strokes dan Butterfingers.
Mereka pernah membuat persembahan di United Kingdom melalui Jelajah Hujan ke UK yang bukan sahaja untuk mempromosikan dua buah EP Hujan yang sudah diterbitkan iaitu "1,2,3, Go!" dan "Check Check Rock Rock" malah mereka turut menjual baju T dan lencana istimewa Hujan. Di sana mereka membuat persembahan di Oxford Bar (Manchester), Zanzibar (Liverpool), Sheffield dan Cardiff.
//
[sunting] Ahli-ahli
Noh (nama sebenar Mohd. Nohairi) - Pencipta Lagu & Penulis Lirik, Vokal , Gitar
IY.AG Coco - Gitar, Keybord
Ambobzeela (Am) - Dram
Duke Gong - Bes
[sunting] Krew
Ecah - PR Manager
Amrul Kareem - Pereka seni untuk Hujan
Fad Photoplay - Jurukamera rasmi 1
Eone - Jurukamera rasmi 2
Ferrychill - Videographer rasmi
[sunting] Diskografi
Setakat ini, Hujan telah meriliskan dua buah EP iaitu "1,2,3 Go!" dan yang terbaru "Check Check Rock Rock".
[sunting] Demo
Ludah Amerika
Luka Mana
Mama Papa
Lonely Soldier Boy
Sedih
Neon
Selamat Hari Ibu
Ku Mahu Kau Tahu
Empayar Mu
Hampir
Kamek Sayang Kitak
Kau Pijak Hatiku
Kotak Hati
Kuala Lumpur
Miri
DiKala Bermain Biola
Bagaikan Matahari
Mimpiku Hanya Mimpi
Muda
Rantai Rasa Cinta
Selamat Hari Raya
Selamat Tahun Baru Cina
Selamatkan Kucing Aku
Kassim Selamat
[sunting] EP
1,2,3 Go!
Trek 1: Gundah
Trek 2: Kuala Lumpur
Trek 3: Ahmoi Chantek
Trek 4: Hiba
Trek 5: Pagi Yang Gelap
Trek 6: Sekejap Sahaja

Check Check Rock Rock (15 Disember 2007)
Trek 1: Lepaskan Aku
Trek 2: Neon
Trek 3: Aku Scandal
Trek 4: Sedih
Trek 5: Empayar Mu
Trek 6: Ku Mahu Kau Tahu
Trek 7: Ludah Amerika

Hujan UK Release (11 Februari 2008)
Trek 1: Gundah
Trek 2: Kuala Lumpur
Trek 3: Ahmoi Cantik
Trek 4: Hiba
Trek 5: Pagi Yang Gelap
Trek 6: Sekejab Saja
Trek 7: Lepaskan Aku
Trek 8: Neon
Trek 9: Aku Scandal
Trek 10: Sedih
Trek 11: Empayar Mu
Trek 12: Ku Mahu Kau Tahu
Trek 13: Ludah Amerika
[sunting] OST
Jiwa Kelajuan (OST Impak Maksima)

[sunting] Kompilasi
CD Issue-9 Majalah JUNK: Pagi Yang Gelap
Support Our Local Act Volume 1: Bila Aku Sudah Tiada

Monday, August 4, 2008

Renungkanlah...